Saturday, 27 June 2015

Kenapa Tak Post or Update status Kt FB??

Some people or should I say some of my friends ask :

"Kenapa dah lama tak nampak ko kat FB ek ?? Ko dah tak active lagi ke FB ko tu?"

Actually, aku tak berapa suka nak meluahkan perasaan atau nak bagitau kat orang-orang yang aku tak kenal kat FB pasal perkembangan atau aktiviti seharian aku. Ala-ala LOW PROFILE macam tuh lah. Bukan apa, ada sesetengah orang kalau nak marah kan orang, nak menyindir kawan, suka guna medium Social Media nih untuk meluahkan perasaan. Pada aku semua tu tak perlu, kenapa nak dedahkan kat satu dunia yang kita sedang Berduka ? kenapa nak bagitau kat semua orang kita sedang bersuka ria ? Kenapa pulak orang lain perlu tahu kita tak suka si polan bin si polan.

Mungkin bagi sesetengah orang dia akan cakap

"Aku perlukan perhatian la"

What the F***,... Maaf cakap, aku bukan la tua sangat, dan bukanlah muda sangat, tapi cara dulu lebih seronok dan Feel & Thrill tu di tahap yang berbeza. Kalau dulu orang suka cari kawan rapat / kawan Karib nak luahkan perasaan, Kawan sama kawan akan berikan Bahu untuk tadah kesedihan dan kegembiraan yang dirasai. Tak ke cara tu lagi best ?

Ini tidak, dengan menggunakan Papan kekunci, dah boleh gaduh satu dunia, satu dunia tahu kita gaduh dengan sipolan bin sipolan, Yang mungkin akan mencetuskan versi cerita yang telah di tambah halia, garam, ajinomoto dan ntah apa-apa lagi ntah di tokok tambah untuk menyedapkan berita.

Dah macam paparazzi yang nak melariskan jualan cerita yang telah di buat. Kalau cerita Cintan Cintun sekali pun, kalau setakat cinta dua minit kat FB, heboh satu dunia "I Love You Till Jannah"... Uweeek... Nak muntah... Baru berkenalan jer pun, post gambar cium dahi tangan bagai. JANNAH SANGAT la tu.... Secara tidak langsung kita menunjukkan yang kita suka dan rela dengan MAKSIAT terang-terangan yang dibuat. Lepas sorang, Sorang lagi akan bawa cerita si A Bercinta Dgn si B, nah kau... dapat cerita @  Dosa Free jer orang hebahkan gambar Maksiat korang.

Aku bukan lah ALIM sangat, tapi tahu batas-batas seorang muslim. Jangan lah nak menjatuhkan air muka dengan sebegitu senang.... CInta 2 minit, sejam lepas tu Putus, Bila putus mula lah nak buka pekung EX... Dari orang tak tahu semua orang tahu kelemahan ko... keburukan ko... PADAN MUKA... Pada aku media sosial ada baik dan ada buruknya, aku akan luahkan kat apa yang aku rasa pada orang yang aku selesa sahaja. Sorry lah kalau aku jarang or tak update status kat FB... Jangan cakap aku nih dah lupa kawan kalau aku terus tak aktif FB.... hehehehe

Aku tak nak orang lain tahu yang aku ni Busy, banyak kerja, tak ada masa nak siapkan kerja bla-- bla.. bla.. yang kadang2 bila korang buat list, dah boleh jadi macam resit beli barang dapur sebulan kat pasaraya.

Lantaklah orang nak cakap aku nih OLDSKOOL ke hape ker, yang penting aku dengan cara aku, elakkan dari riak, elak kan diri dari Fitnah dunia, dan semua yang aku rasakan aku nak elak. orang nak cakap aku Hipokrit ? Hipokrit ke aku ?? terpulang pada pandangan masing-masing, tak ada halangan bagi aku kalau ada orang nak cop aku sebagai apa sahaja yang terlintas di fikiran korang. ADA AKU KESAH ??

Yang penting, I Live My Way.... I Mind My Own Business, I Mengumpat Dengan cara aku sendiri.... Kot kalau ada Aib kawan2 sebolehnya aku simpan, dengan harapan Kawan-kawan akan simpan AIB aku juga. heheheh

Maaf andai terasa, Maaf andai tidak ada khabar berita. Nanti bila kita jumpa di lain masa, kita chit chat sampai mata lebam yer,.... heheheh

actually , I Really Really Missed My Old Lifestyle, I Missed My Old Body, I Missed Our Camaraderie, I Missed everything we had done together.... I Truly missed everything I left Behind... However, Life must go on, I live in my own space here, Far from my Besties.... I wish I Could be transferred across the South China Sea As Soon As Possible, Hold on dear friends, the time will come and we will unite again together.

Regards,

-MIN-